JAIS siasat ritual bukan Islam libatkan kumpulan lain

LocalPolitics
17 Oct 2026 • 3:07 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: JAIS siasat ritual bukan Islam libatkan kumpulan lain

SHAH ALAM – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sedang menyiasat kemungkinan lelaki yang dikaitkan dengan amalan atau ritual agama bukan Islam turut melibatkan kumpulan lain dalam kegiatan berkenaan.

Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Datuk Salehuddin Saidin berkata, siasatan awal mendapati perbuatan itu setakat ini lebih menjurus kepada kepercayaan individu berkenaan.

Bagaimanapun, katanya, pihaknya masih belum dapat memastikan sama ada kegiatan itu turut mempengaruhi masyarakat atau membabitkan kumpulan lain.

“Buat masa ini, ia melibatkan kepercayaan diri sendiri. Sejauh mana merebak kepada masyarakat, kita belum dapat kenal pasti.

“Kita sedang menyiasat sejauh mana kegiatannya dan sama ada melibatkan kumpulan-kumpulan orang lain atau dirinya sendiri sahaja,” katanya ketika ditemui

Menurutnya, JAIS turut menyiasat beberapa hantaran berkaitan ritual yang didakwa dilakukan di Batu Caves serta amalan yang dikaitkan dengan agama Hindu, Buddha dan beberapa agama lain.

Katanya, sebarang kesimpulan hanya boleh dibuat selepas siasatan menyeluruh bagi memastikan tindakan diambil berdasarkan fakta dan bukti yang sahih.

“Kita tidak boleh menjatuhkan hukum selagi siasatan belum lengkap. Kita perlu berlaku adil dan melaksanakan tanggungjawab mengikut lunas undang-undang serta peraturan,” tegasnya.

Beliau turut menjelaskan bahawa kesahihan bahan bukti perlu dipastikan terlebih dahulu, termasuk kemungkinan ia telah disunting atau dihasilkan menggunakan kecerdasan buatan (AI).

Katanya, pakar akan menentukan ketulenan bahan berkenaan sebelum sebarang pertuduhan diputuskan.

“Masyarakat kena faham apabila kita hendak mengambil tindakan di mahkamah, kita kena pastikan semua keterangan itu adalah benar Kadang-kadang kita tahu, boleh jadi super impose atau AI. Kita tidak tahu.

“Mungkin dari segi mata kasar kita boleh menentukan ianya satu kebenaran tetapi tidak boleh buat keputusan itu sama sekali.

“Kita ada pakar yang boleh menentukan sama ada benar tulen atau telah diedit atau AI. Ini adalah tindakan biasa kita buat, kami ikut prosedur sebelum pertuduhan dibuat dan perlu yakin keterangan yang diperoleh menjurus kepada kesalahan di bawah undang-undang,” ujarnya.

Mengulas dakwaan lelaki itu melakukan perbuatan berkenaan untuk mendapatkan pendapatan, Salehuddin berkata, perkara itu masih belum dapat dipastikan dan bergantung kepada hasil siasatan.

“(Adakah tindakan itu murtad), Kita tidak boleh hukum sebelum buat siasatan lengkap. Pastinya kami dinasihati pihak-pihak yang berautoriti sebelum hukum seseorang, biarlah lakukan siasatan menyeluruh.

“Kita tidak mahu terus buat kesimpulan terlalu cepat tanpa membuat pengakhiran kepada sesuatu tindakan kita,” jelasnya.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata lelaki berusia 21 tahun itu dan ibunya, 52, telah dibebaskan dengan jaminan selepas keterangan mereka direkodkan.

Bagaimanapun, mereka boleh dipanggil semula sekiranya siasatan lanjut diperlukan.

“Keputusan seterusnya akan dibuat selepas keterangan individu lain yang berkaitan direkodkan sebelum perkara itu dirujuk kepada Ketua Pendakwa Syarie untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Kosmo! sebelum ini melaporkan lelaki berkenaan ditahan bersama ibunya pada 13 Oktober lalu selepas mereka hadir di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Kuala Lumpur, kira-kira pukul 12 tengah hari. – KOSMO! ONLINE

The post JAIS siasat ritual bukan Islam libatkan kumpulan lain appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved