
Mao Zedong, Jawaharlal Nehru, Steve Jobs dan Tun Dr Mahathir adalah empat tokoh terkemuka yang mempunyai gaya fesyen yang cukup ikonik. Dalam kalangan peminta teknologi, tokoh moden dengan gaya ikonik sendiri pastinya CEO NVIDIA Jensen Huang dengan jaket kulit beliau. Pada hujung minggu lalu, sepasang jaket kulit milik Huang telah berjaya dilelong pada nilai hampir $1 juta.

Lelongan dilakukan oleh syarikat lelong terkemuka Sotebhys dengan ia mencapai bidaan akhir $960,000 (~RM 3.9 juta). Nilai lebih 16 kali ganda lebih tinggi berbanding jangkaan asal $60,000. Identiti pemenang lelongan tidak didedahkan oleh Sotheby’s tetapi jaket yang dijual oleh Tom Ford ini sebenarnya hanya berharga $9000 jika dibeli di kedai.

Nilai yang tinggi ini dicapai kerana populariti Huang yang sedang meningkat dipacu oleh permintaan untuk cip kecerdasan buatan (AI) yang dihasilkan NVIDIA. Hasil kutipan lelongan ini akan diberikan kepada Edge Institute, sebuah badan bukan berasaskan keuntungan yang memberikan dana kepada pekerja di sempadan teknologi, sains, budaya dan masyarakat di kampung-kampung kecil (Edge Cities) untuk hidup bersama dan bereksperimen ke arah masa depan yang lebih baik.
Jaket Jensen Huang ini telah disahkan adalah milik beliau PSA (Professional Sports Authenticator) dengan ia dipakai oleh beliau pada 18 Oktober 2023 semasa menghadiri acara anjuran Foxconn di Taipei. Terdapat tanda tangan Huang di bahagian poket dalam yang mengesahkan ia pernah dimiliki beliau.
