JAKIM ambil serius! Individu kaitkan kronisme dengan Nabi Muhammad akan dipanggil

LocalPolitics
15 Mar 2025 • 5:47 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
JAKIM ambil serius

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia atau JAKIM ambil serius dan akan memanggil individu yang membuat hantaran di media sosial berhubung dakwaan kaitan kronisme dan nepotisme dengan Nabi Muhammad S.A.W.

JAKIM akan dapatkan penjelasan lanjut

JAKIM dalam hantaran di Facebook menegaskan bahawa pihaknya memandang serius perkara itu dan akan mendapatkan penjelasan lebih lanjut berhubung kenyataan yang dikeluarkan individu terbabit.

“Jakim mengambil perhatian serius terhadap hantaran status berkaitan isu kronisme dan nepotisme dan akan memanggil pihak berkenaan untuk mendapatkan penjelasan lanjut,” katanya.

image is not available

JAKIM ambil serius hantaran status di FB tersebut

Perkara ini susulan tindakan seorang pengguna Facebook mencetuskan kontroversi apabila mempersoalkan isu nepotisme dan kronisme dalam negara Islam.

Dalam hantarannya, individu itu membandingkan sistem demokrasi Barat yang dikatakan tidak mengamalkan amalan tersebut dengan kepimpinan di Madinah.

JAKIM ambil serius dakwaan pemilik akaun yang mengatakan Nabi amalkan kronisme

Pemilik akaun Facebook itu juga mendakwa Nabi Muhammad S.A.W mengamalkan kronisme dengan merujuk kepada Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar sebagai mentua, serta Saidina Uthman dan Saidina Ali yang merupakan menantu serta sepupu Baginda.

image is not available

Hantaran boleh undang fitnah

Hantaran itu telah mengundang kecaman hebat daripada netizen di media sosial dan rata-rata memintanya berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan yang boleh menyentuh sensitiviti terutamanya masyarakat Islam.

Mereka juga menasihati individu itu untuk menurunkan hantaran tersebut kerana boleh mengundang fitnah kepada mana-mana pihak yang sengaja mengambil kesempatan diatas kenyataan yang dibuat.

image is not available

Mohon padam hantaran sebegini

image is not available

Bahaya penulisan macam ni kot

image is not available

Diharap semua pihak lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan kerana ia mungkin boleh mengundang salah faham sesetengah pihak memandangkan perkataan kronisme dan nepotisme terdengar seperti konotasi bersifat negatif.

Sumber: Facebook Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (JAKIM)