JAKIM Arah Tarik Semula Produk Makanan Indonesia Dikesan Ada DNA Babi

Entertainment
22 Apr 2025 • 4:40 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengarahkan pengimport menarik balik produk makanan Indonesia yang didapati mengandungi DNA babi (porcine) dari pasaran Malaysia.

Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Dr. Sirajudin Suhaimee dalam satu kenyataan memaklumkan, sebagai langkah pencegahan awal, JAKIM melaksanakan tindakan pemantauan segera bersama Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) bagi menjalankan pemeriksaan menyeluruh kepada produk-produk berkenaan jika dikesan berada di pasaran tempatan.

Jelasnya, pihak JAKIM memandang serius pengumuman rasmi oleh Badan Penyelenggara Jaminan Produk Halal (BPJPH) dan Badan Pengawas Obat dan Makanan (BPOM) Republik Indonesia semalam berhubung penarikan balik produk makanan yang dikesan mengandungi DNA babi tersebut.

Berdasarkan siaran media rasmi BPJPH, hasil pemantauan bersama dengan BPOM mendapati 11 ‘batch’ daripada sembilan produk makanan dikesan mengandungi DNA babi melalui analisis makmal.

Daripada jumlah itu, sembilan ‘batch’ daripada tujuh produk memiliki sijil halal, manakala dua batch’ daripada dua produk tidak memiliki sijil halal.

image is not available
image is not available
image is not available

Sehubungan itu, JAKIM menyeru orang ramai turut memainkan peranan dengan menyalurkan maklumat atau aduan berkaitan sekiranya menjumpai produk tersebut di pasaran. Aduan boleh dikemukakan menerusi Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) JAKIM.

Sumber: Facebook, BPJPH

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.