JAKIM Belum Beri Kenyataan Rasmi Mengenai Individu Mengaku Cicit Nabi, Minta Orang Ramai Berhati-hati

19 Oct 2022 • 10:49 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sejak dari semalam lagi kecoh diperkatakan mengenai individu yang berasal dari Maghribi, Mawla Muhammad Amin Al Idrisi yang mendakwa dirinya sebagai cicit Nabi Muhammad SAW.

Dakwaan individu berkenaan walau bagaimanapun telah disangkal oleh beberapa pihak dan terdedah juga laporan daripada JAHEIK yang mengatakan Mawla ini terlibat dalam beberapa isu penipuan berkaitan duit.

image is not available

JAKIM minta orang ramai berhati-hati

Terbaru semalam, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah menjawab persoalan netizen di satu ruangan komen dengan meminta supaya orang ramai berhati-hati dengan individu yang mendakwa dirinya sebagai keturunan ke-38 Rasulullah SAW.

Peringatan itu dibuat selepas ramai di kalangan netizen meminta penjelasan JAKIM berkenaan dakwaan bahawa individu tersebut ada melakukan penipuan wang dan nasab.

image is not available

Setakat ini Jakim tidak pernah membuat apa-apa kenyataan rasmi berhubung latar belakang individu berkenaan.

“Namun, Jakim menasihatkan orang ramai untuk mengambil langkah berhati-hati dengan dakwaan yang tidak jelas mengenai latar belakang individu tersebut,” kata JAKIM.

Tambah jabatan itu lagi, pihak berkuasa agama negeri mengambil maklum dan memberi perhatian tentang program melibatkan individu terbabit.

Jakim percaya pihak berkuasa agama negeri dan pihak berkuasa yang bertanggungjawab mengambil maklum dan perhatian mengenai program-program melibatkan kehadiran beliau,” jelasnya lagi.

Sebaiknya dalam hal ini kita sentiasalah berhati-hati dan ambil maklum peringatan yang diberikan JAKIM itu.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.