Jakim, PDRM siasat video tular individu Islam terlibat ritual keagamaan

LocalPolitics
11 Oct 2026 • 1:07 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Jakim, PDRM siasat video tular individu Islam terlibat ritual keagamaan

PETALING JAYA: Penyelarasan tindakan bersama pihak berkuasa agama Islam negeri serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang dilakukan susulan isu tular beberapa rakaman video di media sosial yang didakwa memperlihatkan individu beragama Islam terlibat dalam ritual keagamaan bukan Islam.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Dr. Sirajuddin Suhaimee berkata, langkah itu akan diambil mengikut bidang kuasa dan peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

Katanya, Jakim turut memanjangkan laporan berhubung perkara itu kepada Jabatan Agama Islam Negeri untuk semakan dan siasatan lanjut.

“Jakim sentiasa komited memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa untuk menangani isu ini dengan tegas dan menyeluruh,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kenyataan itu dikeluarkan susulan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) mengenai isu berkenaan.

Beliau berkata, semua pihak perlu sentiasa berhati-hati dalam apa-apa acara ritual keagamaan bukan Islam, selaras dengan penegasan Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI).

“MKI telah menegaskan bahawa penyertaan umat Islam dalam ritual keagamaan agama lain yang melibatkan unsur pemujaan adalah haram dan dilarang,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, penelitian terhadap perlakuan individu yang dikaitkan dengan isu tersebut akan dilaksanakan oleh pihak berkuasa berasaskan fakta dan undang-undang.-UTUSAN

The post Jakim, PDRM siasat video tular individu Islam terlibat ritual keagamaan appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved