Jakim perkasa industri halal negara 

LocalBusiness & Finance
15 Oct 2026 • 11:22 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Jakim perkasa industri halal negara 

BANGI: Kerajaan sedang memperkukuh usaha memperkasakan industri halal negara susulan cadangan penubuhan pasukan petugas khas (task force) bagi meneliti keperluan penggubalan Akta Halal.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan  berkata, pihaknya mengambil maklum cadangan berkenaan dan sedang dalam proses memperkasakan industri halal negara.

“Sebenarnya kita ambil maklum dan sedang dalam tindakan kami, kita dalam proses untuk kukuhkan lagi industri halal negara,” katanya ketika merasmikan Majlis Penerbitan Buku Agama Malaysia (MAPBA), hari ini.

Cadangan berkenaan dikemukakan oleh Pakar Perundangan dan Perlembagaan, Prof. Madya Datuk Dr. Shamrahayu A. Aziz yang berpandangan pasukan petugas khas perlu menganalisis peluang dan cabaran penggubalan Akta Halal secara menyeluruh.

Dalam pada itu, mengulas siasatan terhadap Aliff Daniel, Zulkifli berkata, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sentiasa memantau rapat perkembangan kes berkenaan dengan kerjasama jabatan agama berkaitan.

“Namun, kita menghormatilah ini merupakan bidang kuasa Jabatan Agama negeri-negeri. Jadi, di pihak kami, kami sentiasa bersedia untuk memberikan bantuan,” katanya.

Beliau berkata, tindakan undang-undang berhubung perkara itu dilaksanakan oleh Jabatan Agama Islam yang mempunyai bidang kuasa berkaitan.

Mengulas desakan supaya Senator Marhamah Rosli direhatkan susulan isu yang dikaitkan dengan gerakan New Age Movement (NAM), Zulkifli berkata, perbincangan mengenai perkara itu telah diadakan dan maklumat sedang diperoleh daripada pakar.

“Jadi, kita juga akan menyerahkan satu persoalan-persoalan bertulis insya-Allah yang akan dijawab oleh Yang Berhormat. Jadi, semua ini akan diselesaikan secara sebaik,” katanya. – UTUSAN

The post Jakim perkasa industri halal negara  appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved