JAKIM Siasat Video Pelancong China Baling Jubah, Tindakan Undang-Undang Akan Diambil

LocalPolitics
5 Nov 2024 • 2:10 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) memaklumkan pihak Masjid Putra, Putrajaya sedang siasat video tular memaparkan pelancong China yang baling jubah kearah Pengawal Keselamatan Masjid Putra.

Menerusi satu kenyataan di Facebook, JAKIM menegaskan tidak akan ada kompromi terhadap sebarang perbuatan yang tidak beradab dan mencemar kesucian tempat ibadah.

JAKIM siasat video pelancong China baling jubah di Masjid Putra

Dalam pada itu, JAKIM memaklumkan siasatan telah dilaksanakan terhadap pelancong tersebut dan tindakan undang-undang akan diambil.

“Pihak pengurusan masjid telah melakukan siasatan terhadap kes tersebut dan tindakan susulan akan diambil berdasarkan lunas undang-undang dan peraturan berkaitan,” kata JAKIM dalam satu kenyataan.

Sementara itu, JAKIM memaklumkan pihak Masjid Putra sentiasa mengalu-alukan kunjungan orang awam dan para pelancong dengan mematuhi Garis Panduan Pelancongan dan Lawatan ke Masjid Putra.

image is not available

Bagaimanapun, JAKIM dan pihak Masjid Putra tidak akan berkompromoi dengan sebarang perbuatan yang tidak beradab dan mencemar kesucian rumah Allah.

“Ini bagi mempromosikan mesej keindagan dan keharmonian Islam sejagat dan di masa yang sama tidak berkompromi dengan sebarang perbuatan tidak beradab yang boleh mencemar kesucian rumah Allah,” ujar JAKIM.

Baru-baru ini, tular di media sosial video memaparkan pelancong China yang menyertai lawatan ke Masjid Putra, Putrajaya membaling jubah ke arah Pengawal Keselamatan Masjid Putra.

Tidak cukup dengan itu, pelancong-pelancong China itu juga dilihat melanggar atau menyepak beberapa kon di kawasan masjid tersebut.

image is not available

Menerusi tinjauan, video asal memaparkan pelancong China itu membaling jubah berkenaan telah pun dipadam daripada akaun individu yang memuat naiknya.

Sumber: Facebook JAKIM