“Nak berlatih siap-siap” – Lelaki Bagi Alasan ‘Practice M*ti’ Lepas Kantoi Tidur Dalam Keranda Jenazah

Entertainment
29 Oct 2024 • 8:07 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Di media sosial sekarang ini, tular satu video memperlihatkan seorang lelaki tidur di dalam sebuah keranda yang terletak di dalam van jenazah. Di fahamkan kejadian ini berlaku di Masjid Tiak, Baling, Kedah.

Dalam video tersebut, lelaki yang tidur di dalam keranda itu enggan beredar pada mulanya setelah ditegur oleh orang ramai. Apabila ditanya oleh para jemaah masjid, dia mendakwa dirinya datang ke situ kerana masjid di kawasan sekitar rumahnya dikunci dan tidak dapat masuk.

Malah apabila ditanya motif tindakannya melakukan perkara sedemikian, dia mengatakan bahawa ia adalah latihan dan persediaaan awal sebelum meninggal dunia bagaimanapun jemaah menyatakan bahawa itu bukanlah caranya sebelum individu tersebut keluar.

“Saya datang berlatih mati siap-siap, esok-esok mati tak teruk sangat,” kata lelaki itu.

“Bukan macam ini caranya, sekiranya nak berlatih kena masuk dalam masjid, solat dan berdoa.

“Balik ke masjid, balik ke masjid.”

@fitri.iqram.cikgu

Nàk rasa camna orang mati sanggup tido dalam keranda van jenazah. Lokasi Kg. Tiak, Baling, Kedah #fypシ゚viral #CeritaViralTiktok #KisahBenar #NoHateJustLove

♬ Suspense, horror, piano and music box – takaya

Bagaimanapun, masih belum ada kenyataan pihak pengurusan masjid berkenaan berhubung insiden itu setakat ini.

Sumber : TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.