Jala Udang Bertukar Tragedi! Bapa Saksi Anak Dibaham Buaya Depan Mata

LocalEnvironment
18 Mar 2026 • 11:45 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Tragedi menyayat hati menimpa seorang bapa apabila menyaksikan sendiri anaknya dibaham buaya di Kampung Segaliud, di sini, petang tadi.

Mangsa, Mohd Rayyan Abdullah, 28, dipercayai pergi menjala udang di sungai bersama bapanya sebelum dibaham reptilia itu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kinabatangan, Hairi Otuh, berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 8.22 malam.

“Menurut bapa mangsa yang berada di lokasi, dia melihat anaknya itu dibaham buaya di depan matanya,” katanya ketika dihubungi, lapor Harian Metro.

image is not available

Artikel lain: Makcik Nyaris Jadi Mangsa! Ingatkan Ikan Gigit Kaki, Rupanya Muncung Buaya

Katanya, jarak balai ke kampung berkenaan kira-kira 30 kilometer (km) dan anggota tiba di lokasi berkenaan pada jam 9.10 malam.

image is not available

image is not available

“Operasi mencari dan menyelamat masih dijalankan membabitkan empat anggota. Setakat ini, mangsa belum ditemui,” ujarnya.

Operasi menyelamat itu masih diteruskan sehingga kini bagi mengesan mangsa yang hilang itu.

Sumber: Harian Metro (Poliana Ronnie Sidom)

The post Jala Udang Bertukar Tragedi! Bapa Saksi Anak Dibaham Buaya Depan Mata appeared first on Borak Daily.