Jalan Batu 16 Gum-Gum rosak teruk

Local
25 Sep 2023 • 3:49 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

SANDAKAN: Jabatan Kerja Raya (JKR) diminta mengambil tindakan segera untuk menangani kerosakan jalan raya di Jalan Labuk Batu 16, Kampung Gum-Gum.

Ahli Parlimen Libaran, Datuk Suhaimi Nasir berkata jalan raya di kawasan tersebut perlu dibaiki dan diselenggara dengan segera kerana ia merupakan laluan utama untuk ke daerah ini.

Katanya, beliau sudah sering kali mengutarakan kerosakan jalan raya di kawasan itu dan pernah membawa pihak JKR untuk melihat sendiri keadaan jalan raya tersebut.

“Selepas dibaiki, jalan raya di kawasan itu kembali rosak akibat dilalui kenderaan berat khususnya lori kerana tidak ada alternatif lain selain melalui jalan raya ini.

SPONSORED CONTENT Daily Express members: Enjoy 1 for 1 signature cocktails and more at Hyatt Centric Kota Kinabalu Kota Kinabalu: DAILY EXPRESS is partnering with Hyatt Centric Kota Kinabalu to offer an exclusive deal for our members. Read more “Jangan tunggu keluhan pengguna jalan raya barulah kerja pembaikan dilakukan,” katanya dalam satu kenyataan, pada Ahad.

Keadaan jalan raya Batu 16 di Gum-Gum kini rosak teruk iaitu berlubang dan beralun – keadaan yang boleh mengundang kemalangan. Dalam pada itu, Suhaimi yang juga Ketua Penerangan Umno Sabah sekali lagi meminta agar persimpangan di Gum-Gum dipasang lampu isyarat untuk keselamatan pemandu khususnya penduduk kampung di Gum-Gum.

Katanya persimpangan masuk ke Kampung Gum-Gum di Jalan Raya Batu 16 itu merupakan laluan utama dan penduduk kampung terdedah kepada bahaya ketika keluar atau masuk dari simpang kampung ke laluan utama.

Beliau berkata sudah beberapa kali kemalangan berlaku di persimpangan jalan tersebut dan perlu ditangani sebelum berlaku kemalangan jalan raya yang lebih teruk.

Menurutnya pelancong juga melalui jalan raya ini jika mereka ke Kinabatangan dan kerosakan jalan raya itu boleh memberikan imej tidak baik pelancongan di Libaran, Kinabatangan dan Sandakan.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

View Original Article