Jalan Di Korea Ini Dinamakan ‘Kuching South-Ro, Bersempena Majlis Bandaraya Kuching Selatan

1 Oct 2022 • 12:17 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Bandar Seoul di Korea Selatan merupakan salah satu lokasi yang sering menjadi pilihan rakyat Malaysia untuk melancong.

Namun, tahukah anda ada sebuah jalan di daerah Guro, Seoul telah dinamakan sebagai Kuchingsouth-ro bersempena dengan hubungan persahabatan Majlis Bandaraya Kuching Selatan, Sarawak dengan Korea?

image is not available

Memetik laporan daripada Dayak Daily, ro dalam bahasa Korea bermaksud jalan, jadi Kuchingsouth-ro bermaksud Jalan Kuchingsouth.

Nama jalan tersebut telah dilancarkan baru-baru ini dan majlis pelancaran itu telah dihadiri oleh Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) iaitu Dato Wee Hong Seng.

Penamaan jalan tersebut adalah bersempana hubungan persahabatan antara daerah Guro, Korea dengan MBKS sebagai friendship cities.

Namun, ini bukanlah kali pertama jalan di Korea Selatan dinamakan dengan nama bersempena Malaysia kerana di Paju, Korea juga ada sebuah jambatan yang dikenali sebagai Ma-raysia-gyo (Jambatan Malaysia) sebagai tanda penghargaan kerajaan Korea kepada Malaysia.

Ini kerana pada ketika itu, negara kita telah menyumbangkan sejumlah wang kepada Korea Selatan pada tahun 1966 setelah sebahagian daripada Korea musnah akibat banjir.

Hubungan diplomatik antara negara ni memang penting. Bila salah satu susah, negara lain akan tolong.

Sumber: Dayak Daily

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.