
Jalan di Matang ini bakal diluaskan menjadi dua hala berkembar
Jalan Di Matang Diluaskan Jadi Dua Hala Berkembar Bakal Siap Pada Mei 2025. Datuk Aidel Lariwoo menyatakan bahawa projek menaik taraf Jalan Baru Matang kini berjalan lancar dengan kemajuan sebanyak 15.2 peratus, sedikit terkebelakang daripada jadual asal 16.1 peratus.
Beliau, yang merupakan Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan, yakin bahawa kontraktor penyelamat yang baru dilantik akan dapat meningkatkan prestasi kerja dan mencapai sasaran jadual pada bulan ini.

Semoga projek berjalan dengan lancar
Dipetik dari BBCats, beliau memberitahu selepas melawat tapak projek berkenaan di sini hari ini bahawa projek tersebut melibatkan peningkatan jalan kepada 2 lorong sepanjang 4.4 kilometer dari Jalan Matang Jaya hingga Simpang Jalan Matang/Batu Kawa dengan kos sebanyak RM 54.59 juta.
Katanya, projek ini diharapkan dapat disiapkan pada Mei 2025 dan akan memberi faedah kepada lebih 30 ribu orang penduduk di kawasan Matang yang sering menghadapi kesesakan lalu lintas di sini.


