Siap Ada Daya Tarikan Unik, Jambatan Bintulu-Jepak Bakal Siap Oktober 2024

24 Dec 2023 • 8:32 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Jambatan ini bakal mempunyai daya tarikan unik yang menarik

Siap Ada Daya Tarikan Unik, Jambatan Bintulu-Jepak Bakal Siap Oktober 2024. Dijadualkan bakal siap pembinaanya pada Oktober 2024, Jambatan Bintulu- Jepak akan memudahkan lagi perjalanan orang ramai dengan memendekkan jalan melalui pesisir Jepak ke Lapangan Terbang Bintulu seterusnya ke Kuala Tatau, Serupai, Balingian hingga ke bahagian Mukah.

Bukan itu sahaja Jambatan ini juga akan menyiapkan daya tarikan unik yang menarik dengan kemudahannya di mana anda boleh menyaksikan panorama dari atas menara jambatan berkenaan.

image is not available
Siap Ada Daya Tarikan Unik, Jambatan Bintulu-Jepak Bakal Siap Oktober 2024. Kredit gambar: Utusan Borneo

Kini mencapai kemajuan pembinaan sebanyak 66.7 peratus

Terletak di lokasi Kemena, jambatan kabel kekal itu kini mencapai kemajuan pembinaan sebanyak 66.7 peratus dan lif menegak turut dibina pada bahagian menara jambatan menghala ke bandar Bintulu serta dipasang dengan lampu hiasan secara seragam.

Jalan berkembar dua lorong juga dibina bagi menghubungkan Lapangan Terbang Bintulu dan Pusat Pentadbiran Bersepadu (IAC) Bintulu sepanjang 4.2 kilometer.

Pembinaan IAC turut dijadualkan siap pada Oktober 2024 menempatkan semua jabatan kerajaan di Bintulu.

image is not available
Gambar sekadar hiasan

Penyiapan jambatan seiring jadual pelaksanaan

Dilaporkan, perkara tersebut telah dimaklumkan oleh Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Datuk Aidel Lariwoo semasa lawatan kerja beliau ke tapak Projek Pembinaan dan Penyiapan Jalan Pesisir Pantai Pakej 5, IAC dan Jambatan Bintulu-Jepak bagi melihat perkembangan projek itu di sini pada Selasa lalu.

Beliau meluahkan rasa puas hati kerana penyiapan jambatan tersebut seiring dengan jadual pelaksanaannya meskipun terdapat beberapa masalah teknikal yang dihadapi sebelum ini.

Jelas beliau lagi, kerajaan telah merancang membina jalan berkembar dua lorong bagi menghubungkan Lapangan Terbang Bintulu dan IAC Bintulu sepanjang 4.2 kilometer pula memendekkan perjalanan sebanyak dua pertiga antara dua lokasi itu.

Kemudahan jambatan dan pusat pentadbiran termasuk pembinaan jalan raya pesisir berkenaan dibiayai Kerajaan Sarawak wajar disyukuri nikmatnya dan dihargai dalam memenuhi keperluan rakyat bukan sahaja bagi kawasan Bintulu termasuk Jepak malah pastinya turut dinikmati rakyat di luar kawasan bandar itu.

image is not available
Gambar sekadar hiasan

Membawa impak ekonomi kepada projek pembangunan lain

Oleh demikian, Jambatan Bintulu-Jepak dibina bukan sahaja bagi memudahkan perjalanan dan masa singkat dari Jepak ke pusat bandar Bintulu malah membawa impak ekonomi kepada projek pembangunan lain, meningkatkan aktiviti sosioekonomi, pelancongan dan sebagainya di kawasan tersebut.

Pembinaan jambatan bernilai RM466,679,497 tersebut telah melalui beberapa fasa sukar pada tahun kedua selepas pelancarannya dan ia juga merupakan hadiah Kerajaan Sarawak kepada penduduk Bintulu yang diumumkan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg (ketika itu) dan kini Premier Sarawak semasa sambutan Hari Sarawak di Bintulu pada 22 Julai 2019.

Dengan adanya jambatan berkenaan, lebih banyak pembangunan dan limpahan ekonomi yang bakal dibawa ke kawasan Jepak khususnya bandar Bintulu.

Lagi cerita terkini untuk anda di sini:

https://www.iloveborneo.my/netizen-lempar-komen-berbaur-rasis-terhadap-isu-penempatan-guru-baharu/

https://www.iloveborneo.my/sarawak-masih-kekurangan-guru-1500-diperlukan/