

Perhatian buat warga kota!
Ini kerana tiga lebuh raya dan 15 jalan utama di sekitar Lembah Klang akan ditutup dan dilencongkan secara berperingkat bersempena penganjuran Mesyuarat Menteri-Menteri Luar Negeri ASEAN ke-58 (AMM ke-58) bermula 8 hingga 11 Julai ini.
Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Yusri Hassan Basri berkata, aktiviti raptai (dry-run) pergerakan motoked akan diadakan pada 4 hingga 6 Julai.
“Ia melibatkan laluan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke hotel penginapan di Kuala Lumpur dan Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). Pengguna jalan disarankan merancang perjalanan lebih awal dan digalakkan menggunakan pengangkutan awam sebagai tanda sokongan kepada acara tersebut," katanya.
Lencongan pada 7 Julai bermula pukul 7 pagi melibatkan laluan:
Lebuh KLIALebuh Raya EliteLebuh Raya MEX Lebuh Raya Kuala Lumpur – Seremban Lingkaran PutrajayaJalan IstanaJalan Damansara Jalan Tun Ab dul RazakJalan AmpangJalan Sultan IsmailJalan Bukit Bintang dan Imbi.
Laluan terlibat pada 8 Julai, bermula pukul 10 pagi:
Lencongan membabitkan persimpangan Jalan AmpangJalan P. Ramlee,Jalan Sultan IsmailJalan P.Ramlee,Jalan Perak Jalan Pinang Jalan Stonor/Jalan Kia PengJalan Persiaran KLCC.
Seterusnya, penutupan laluan sama akan dilaksanakan pada 9 Julai bagi dua waktu berbeza pada pukul 7 pagi (hotel ke KLCC) dan 4 petang (KLCC ke hotel).
Bagi 10 Julai, lencongan membabitkan laluan sama bermula pukul 7 pagi (hotel ke KLCC) dan 5 petang (KLCC ke hotel) serta 7 malam (hotel ke KLCC) dan 10 malam (KLCC ke hotel).
Pada 11 Julai, lencongan di enam laluan dan persimpangan itu dijalankan pada pukul 7 pagi bagi perjalanan dari hotel ke KLCC.


