Jalan Gelap Tanpa Lampu Punca Kemalangan, Netizen ‘Complain’ Jalan Pan Borneo Moyan Berbahaya

11 May 2023 • 2:20 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

‘Buat jalan tapi takde signboard lencongan yang berlampu,’ – netizen

Jalan Gelap Tanpa Lampu Punca Kemalangan, Netizen ‘Complain’ Jalan Pan Borneo Moyan Berbahaya. Bagi mereka yang biasa memadu di Jalan Pan Borneo Moyan – Tondong, mereka pasti tahu bahawa jalan itu terkenal dengan kegelapan kerana kekurangan lampu di jalan terbabit.

Baru-baru ini, seorang lelaki di Kuching meluahkan rasa marahnya apabila keretanya mengalami kemalangan di jalan itu akibat kekurangan lampu dan netizen tampil memberi sokongan kepadanya dengan mengatakan jalan itu perlu meningkatkan keselamatannya.

image is not available
Jalan Gelap Tanpa Lampu Punca Kemalangan, Netizen ‘Complain’ Jalan Pan Borneo Moyan Berbahaya

Berlaku di jambatan Moyan Square

Kejadian terbabit dikongsi oleh lelaki ini di Facebook, menunjukkan beberapa gambar keretanya yang remuk berikutan sebuah kemalangan. Menurut beliau, kejadian berlaku di jambatan Moyan Square.

Dalam gambar terbabit, kelihatan lubang besar di jalan raya, dipercayai menjadi punca utama kemalangan itu. Lelaki berkenaan juga berkata, jalan itu tidak mempunyai lampu papan tanda lencongan untuk memberi amaran kepada pemandu dan hanya bergantung kepada dua lampu oren untuk jarak penglihatan tidak mencukupi sama sekali.

image is not available
Kredit: Facebook

“Kat sana memang gelap masa malam. Sangat bahaya!” – netizen

Rata-rata netizen turut kecewa bersama lelaki tersebut, terutamanya mereka yang memandu di jalan itu. Hal ini kerana mereka memahami betapa gelapnya jalan tersebut pada waktu malam akibat jarak penglihatan yang lemah.

Segelintir netizen berkata, bukan sahaja jalan raya itu mempunyai jarak penglihatan yang sangat lemah akibat kekurangan lampu dipasang di situ, keadaan jalan juga tidak memuaskan dan turut menyumbang kepada kemalangan di kawasan itu.

image is not available
Kredit: Facebook

image is not available
Kredit: Facebook

image is not available
Kredit: Facebook

image is not available
Kredit: Facebook

image is not available
Kredit: Facebook

Walau bagaimanapun, terdapat netizen yang menasihat orang ramai untuk memandu perlahan bagi mengelak kemalangan seperti ini berlaku – lagi-lagi jalan tersebut gelap gelita akibat kurangnya lampu dipasang di sana.

image is not available
Kredit: Facebook

image is not available
Kredit: Facebook

Namun, terdapat juga netizen berkata walaupun pemandu memandu perlahan, ia masih tidak memberi sebarang perbezaan kerana jarak penglihatan yang lemah masih boleh menyebabkan kemalangan.

image is not available
Kredit: Facebook

image is not available
Kredit: Facebook

Semoga pihak yang bertanggungjawab segera ambil tindakan terhadap isu ini kerana ia melibatkan keselamatan pengguna jalan raya.

Lagi di sini: