
BEAUFORT: Jalan berlubang di Jalan Kampung Bukau, dekat simpang ke Kampung Lumadan, dibiarkan tanpa dibaiki, menimbulkan bahaya kepada pengguna jalan raya, kata bekas pemimpin pembangunan masyarakat Sindumin, Sani Miasin.
“Mana-mana kenderaan yang melalui jalan itu dan terkena lubang pasti berisiko mengalami tayar bocor.
Advertisement“Banyak lagi lubang di jalan itu yang saya tidak sempat rakam... Saya hanya membantu mengetengahkan isu ini kepada pihak berkuasa berkaitan demi memastikan keselamatan pengguna jalan raya,” katanya.
Sani, yang juga ketua bahagian KDM Sipitang, berkata syarikat konsesi dan Jabatan Kerja Raya (JKR) perlu mengambil tindakan segera kerana jalan itu sudah lama berada dalam keadaan buruk.
SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more Beliau berharap jalan terbabit dapat dibaiki segera.
Difahamkan, baru-baru ini sebuah kenderaan kecil hampir tersangkut di lubang itu semasa banjir, menyebabkan salah satu tayarnya pecah.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Sementara itu, seorang penduduk tempatan Abang Rosnan Abang Sapawi, menggesa pihak berkuasa membaiki jambatan di Kampung Meraba kerana skru yang terdedah boleh menyebabkan tayar bocor.
“Saya bimbang kenderaan kecemasan seperti jentera bomba, kereta polis, atau ambulans boleh terkena skru tersebut. Ini akan membahayakan keselamatan mereka,” katanya.

