Jalan Kaki 547km Ke Madinah, Warga Britain Hayati Penghijrahan Rasulullah

Entertainment
27 Jan 2023 • 2:23 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Hijrah - Oh! Media

Baru-baru ini, lima lelaki warga Britain sanggup berjalan kaki sepanjang 547km bagi menziarahi Madinah al-Munawarah, masyallah.

Perjalanan dari Makkah ke Madinah mengambil masa kira-kira 185 jam yang bersamaan tujuh hari bagi mereka untuk tiba ke destinasi.

Hayati penghijrahan

image is not available

Kumpulan lelaki itu memaklumkan bahawa tujuan mereka berjalan sejauh itu adalah bagi menghayati pengorbanan Rasulullah SAW yang berhijrah dari Kota Makkah ke Madinah pada 1400 tahun yang lalu.

Mengikut jejak langkah Rasulullah SAW dalam pengembaraan ini membuatkan kami berasa sangat dekat dengan Rasulullah SAW dan seolah-olah kami sedang berjalan bersamanya. Kami belajar banyak perkara tentang Rasulullah SAW dan rasa sayang kami kepada baginda bertambah berlipat ganda.

Masyallah, semoga penghijrahan mereka dirahmati oleh Allah SWT.

Kredit: Mstar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media