Jalan KM2.45 Kiulu dibuka semula

29 Apr 2025 • 9:05 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: R Gonzales

KIULU: Jalan utama di KM2.45, Kampung Kionsom Lama yang ditutup akibat tanah runtuh di sini, dibuka semula kira-kira jam 8 malam Ahad selepas kerja membaik pulih di laluan sementara siap sepenuhnya.

Tinjauan Harian Ekspres mendapati pengguna mula menggunakan laluan yang menghubungkan Kiulu dan Tamparuli itu, selepas kon penutup jalan dibuka oleh pihak pekerja kontraktor bagi membolehkan kenderaan melalui jalan berkenaan.

Penghadang jalan juga disusun rapi di tepi tebing agar pengguna kenderaan lebih berhati-hati dan peka memandu ketika melalui lokasi berkenaan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});Difahamkan, kerja-kerja membaik pulih laluan sementara itu siap pada Jumaat lalu, namun hanya dibuka pada malam Ahad, berikutan menunggu proses penurapan yang menggunakan bahan simen selamat digunakan.

Pada 22 April lalu kira-kira jam 11 malam, Jurutera Daerah Jabatan Kerja Raya (JKR) Tuaran, Farini Awang memaklumkan lokasi jalan itu terpaksa ditutup serta-merta berikutan ruang laluan yang semakin sempit akibat kejadian tanah runtuh.

Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kiulu, Datuk Joniston Bangkuai turut meninjau lokasi kejadian.

Ekoran cuaca tidak menentu ketika ini, pengguna Jalan Kiulu-Tamparuli juga dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati di jalan raya dan mematuhi papan tanda keselamatan.

Pengguna juga diingatkan agar segera menghubungi pihak berkaitan sekiranya berlaku sebarang bencana bagi membolehkan kerja-kerja pembaikan dan penutupan jalan dilaksanakan demi keselamatan orang ramai.