Jalan Kota ditutup pada hari penamaan calon PRN

26 Jul 2023 • 5:37 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Jalan Kota di kawasan Klang Utara akan ditutup serta dilencongkan bagi kelancaran trafik ketika urusan penamaan calon PRN bermula Jumaat hingga Sabtu ini.

KLANG - Jalan Kota di kawasan Klang Utara akan ditutup serta dilencongkan bagi kelancaran trafik ketika urusan penamaan calon bagi pilihan raya negeri (PRN) bermula pada Sabtu ini.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao berkata, penamaan calon bagi Dun N42 Meru, N43 Sementa dan N44 Selat Klang akan diadakan di Dewan Serbaguna Pejabat Daerah dan Tanah Klang.

"Lokasi penutupan jalan melibatkan Jalan Kota dan laluan alternatif yang disediakan adalah melibatkan Jalan Bukit Jawa (belakang IPD Klang Selatan-Jalan Raya Barat),"katanya.

Beliau berkata, pihaknya mengambil langkah proaktif dengan menjalankan penutupan jalan sempena penamaan calon itu bermula pada 28 Julai ini.

"Penutupan bermula jam 6 petang pada Jumaat sehingga selesai proses penamaan calon pada Sabtu ini," jelasnya.