
Kota Kinabalu: Jalan Magandai di Kota Marudu, yang baru-baru ini ditularkan di media sosial, buat masa ini sedang dalam fasa pembinaan, kata Menteri Kerja Raya Sabah, Datuk Ir Shahelmey Yahya.
Pada Jumaat, media melaporkan nasib penduduk, khususnya murid-murid dari Kg Tondig, yang terpaksa mengharungi lumpur setinggi paras lutut untuk pergi SK Magandai, yang terletak kira-kira 40km jauhnya, malah terpaksa berehat semalaman di pondok kebun buah-buahan.
“Pihak kontraktor juga memaklumkan bahawa jentera mereka berada di tapak pembinaan meliputi kawasan CH19+000 - CH40+000 di mana kerap berlaku kerosakan, bagi tujuan membuat kerja-kerja penyelenggaraan.
“Namun demikian, berikutan keadaan cuaca dengan hujan berterusan, struktur tanah menjadi lembut dan menyukarkan kerja-kerja pembinaan serta selenggaraan,” katanya dalam kenyataan, Sabtu.
SPONSORED CONTENT RM20bil green steel project: Sabah on its way to adopting green technology, says Hajiji Kota Kinabalu: Chief Minister Datuk Seri Hajiji Noor said Sabah is well on its way to fully adopting the green technology revolution with a RM20 billion green steel project at the Sipitang Oil and Gas Industrial Park (Sogip). Read more Shahelmey berkata, walaupun berdepan cabaran tersebut, pihak kontraktor memaklumkan bahawa jentera mereka sentiasa berada di kawasan untuk membantu penduduk di kawasan tersebut.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

