Jalan Mendap: Banyak Jalan Di Jalan Masjid India Terpaksa Ditutup

10 Nov 2025 • 3:45 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Sebahagian laluan di Jalan Masjid India ditutup sementara susulan kejadian mendapan jalan yang berlaku pagi tadi.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berkata, penutupan itu membabitkan laluan dari Lorong Masjid India 4 di sebelah masjid hingga ke kawasan terjejas bagi tujuan keselamatan dan kerja siasatan.

Difahamkan, kejadian mendapan itu berlaku di Jalan Bonus, Masjid India berhampiran premis Bombay Jewellery pada kira-kira jam 8.39 pagi tadi.

"Pasukan DBKL, Air Selangor, Indah Water Konsortium (IWK) dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi berada di lokasi untuk menjalankan siasatan," katanya dalam kenyataan.

Kawasan berkenaan ditutup bagi memastikan keutamaan dan keselamatan orang awam terpelihara.

"Pemantauan dan kerja teknikal akan diteruskan, perkembangan lanjut berkaitan kes ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa," katanya.

image is not available

Pada  23 Ogos lalu, media tempatan melaporkan  seorang wanita warga India iaitu G Vijaya Lakshmi, 48 terjatuh ke dalam tanah jerlus di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, operasi mencari dan menyelamat (SAR) wanita warga India yang terjatuh ke dalam tanah jerlus di Jalan Masjid India, ihentikan serta merta kerana membahayakan anggota keselamatan.