
Jalan Pantai Batu Rakit Dilapor Runtuh Semula Malam Tadi
Jalan Pantai Batu Rakit di Laluan T145 Jalan Mengabang berhampiran Kampung Tanjung yang baharu diperbaiki telah dilapor runtuh semula, pada malam tadi.
Menerusi hantaran Terengganu Voice di Facebook, insiden itu turut menimbulkan kebimbangan penduduk setempat. Difahamkan, runtuhan tersebut membabitkan kira-kira 100 meter laluan berkenaan dan proses hakisan dikatakan masih berlaku.
Kerja-kerja pembaikan Jalan Pantai Batu Rakit telah dilaksanakan pada April lalu susulan runtuhan sepanjang 280 meter yang berlaku akibat cuaca buruk semasa musim Monsun Timur Laut pada awal tahun ini.
Manakala projek pembaikan dengan kos keseluruhan RM4.95 juta itu dijangka siap sepenuhnya awal Oktober ini.
“Kerja-kerja pembaikan Jalan Pantai Batu Rakit telah dilaksanakan pada April lalu susulan runtuhan sepanjang 280 meter yang berlaku akibat cuaca buruk semasa musim Monsun Timur Laut pada awal tahun ini
“Kejadian itu sekali lagi menimbulkan kegusaran mengenai ketahanan struktur jalan serta keselamatan kawasan berhampiran,” ujar hantaran tersebut.
Beberapa rakaman mengenai runtuhan itu turut menjadi tular di media sosial sejak semalam.

Projek ini adalah peruntukkan daripada sistem MARRIS
Sebelum ini, Bernama melaporkan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi memaklumkan projek yang melibatkan peruntukan rm4.95 juta menunjukkan prestasi yang baik dari pelaksanaan kerja serta pengurusan kewangan.
Projek ini adalah peruntukan daripada Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS), jadi ia (diberikan kepada) kerajaan negeri.
“Jabatan Kerja Raya hanya membantu dari segi teknikal untuk memastikan projek ini dilaksanakan dengan terbaik,” ujarnya.
Sementara itu, Nanta berkata antara skop utama kerja melibatkan pembersihan runtuhan, kerja-kerja geoteknikal, pembinaan dinding penahan, pemasangan sistem geotekstil, kerja-kerja tambakan pasir serta penstabilan struktur tanah.
Beliau berkata semua kerja berkenaan dijalankan secara teliti bagi memastikan ketahanan dan keselamatan jangka panjang infrasktruktur berkenaan.
“Kementerian Kerja Raya melalui JKR ingin memberi jaminan bahawa projek di negeri ini akan terus dipantau rapi agar dapat disiapkan mengikut jadual, spesifikasi mutu dan kos. Penduduk sekitar dan pengguna jalan raya diminta untuk terus memberi kerjasama dan mematuhi segala arahan keselamatam sepanjang tempoh pelaksanaan kerja,” katanya.
BACA: Anak Mengadu Sakit Kepala, Bapa Sanggup Jalan Kaki Ke Tempat Kerja Anak Untuk Bantu Pandu Kereta
Sumber: Terengganu Voice
The post Jalan Pantai Batu Rakit Dilapor Runtuh Semula Malam Tadi appeared first on Siakap Keli.


