
Tanah Mendap, Jalan Runtuh Di Thailand Sebabkan Lubang Besar Muncul
Paip bawah tanah yang bocor dipercayai menjadi punca kepada kejadian tanah mendap hingga menyebabkan jalan runtuh, berdekatan Hospital Vajira di Thailand, pagi tadi.
Beberapa keping foto dan video yang menunjukkan keadaan di lokasi kejadian turut menjadi tular di media sosial.
Menerusi hantaran yang dibuat oleh portal berita Bangkok Post, satu seksyen jalan yang terletak di depan Hospital Vajira itu runtuh dipercayai akibat paip pecah, pada pagi Rabu.
Pihak berkuasa dilapor sudah pun menutup laluan menuju ke Jambatan Khrun Tong bagi membolehkan kerja-kerja pembaikkan jalan dilakukan dengan segera.
Insiden tersebut menyebabkan kesesakan teruk berlaku di sekitar lokasi kejadian. Setakat ini, tiada sebarang kecederaan atau mangsa terlibat dilaporkan.
Manakala dalam laporan portal The Standard pula, orang ramai termasuk pesakit yang berada di Hospital Vajira telah dipindahkan sebagai langkah berjaga-jaga.



Dalam hantaran yang dibuat oleh The Nation Thailand pula, lubang benam yang terbentuk turut menelan beberapa buah kenderaan dan tiang elektrik yang berada di tepi jalan.
Sumber: Bangkok Post, The Standard & The Nation Thailand
The post Tanah Mendap, Jalan Runtuh Di Thailand Sebabkan Lubang Besar Muncul appeared first on Siakap Keli.

