
GOMBAK: Keadaan aset jalan raya yang semakin berusia termasuk permukaan jalan, turapan dan terowong menjadi antara cabaran utama kerajaan dalam memastikan keselamatan pengguna jalan raya terus terjamin.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, sebahagian jalan raya di negara ini sudah berusia dan tidak lagi mempunyai kekuatan seperti ketika mula dibina, sekali gus lebih terdedah kepada kerosakan.
Menurutnya, keadaan aset berkenaan perlu diberi perhatian dalam menentukan keupayaan jalan menampung kenderaan berat termasuk ketika mempertimbangkan sebarang peningkatan had berat kenderaan.
“Aset jalan di negara kita ini tidak boleh dinafikan sudah jauh menua. Jadi, tidak berapa kukuh lagi untuk menampung keperluan kenderaan berat pada zaman moden sekarang.
“Maka aset jalan adalah salah satu faktor yang diambil berat untuk kita berusaha mengurangkan kejadian kemalangan di jalan raya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Terowong Ketiga dan Pelebaran Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak, semalam.
Alexander berkata, perkara itu telah dibincangkan dalam mesyuarat berkaitan keselamatan jalan raya yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini.
Mengulas lanjut, Alexander berkata, banyak strategi telah dibentangkan dan dipersetujui oleh kerajaan untuk mengatasi nahas jalan raya ekoran statistik 18 nyawa terkorban setiap hari di seluruh negara pada tahun lalu,” katanya. – UTUSAN
The post Jalan raya di Malaysia semakin tua, jejas pengguna appeared first on Utusan Malaysia.


![Siap Tunjuk Jari Tengah, Pemandu Yaris Didakwa ‘Buli’ Pemandu Bas Di Tengah Jalan Raya Jadi Perhatian [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/08/pemandu-yaris-didakwa-buli-pemandu-bas_netizen_5.jpg?t=1787283859)



