Jalil Hamid Meninggal Dunia 

LocalEntertainment
4 May 2026 • 2:57 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

Jalil Hamid Meninggal Dunia 

Industri seni tanah air kehilangan seorang lagi permata apabila pelakon veteran Jalil Hamid disahlan meninggal dunia hari ini pada usia 69 tahun.

Berita pemergian Allahyarham disahkan ahli keluarga, yang memaklumkan beliau menghembuskan nafas terakhir di kediamannya sekitar tengah hari tadi. 

Menurut anak perempuannya, Allahyarham dipercayai meninggal dunia ketika sedang berehat di rumah selepas menunaikan solat Subuh.

Allahyarham sebelum ini dilaporkan mempunyai masalah jantung dan kesihatannya dikatakan semakin merosot sejak kebelakangan ini.

Jenazah dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ 21 selepas solat Asar, manakala solat jenazah akan diadakan di Masjid Al Munawwarah, Shah Alam.

Pemergian Allahyarham disifatkan sebagai kehilangan besar kepada industri hiburan tempatan, memandangkan beliau merupakan antara pelakon veteran yang aktif mewarnai dunia seni tanah air selama beberapa dekad. 

Getaran mengucapkan takziah kepada seisi keluarga Allahyarham, semoga rohnya dicucuri rahmat. Al Fatihah.  - Getaran, 4 Mei 2026

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved