Jalur Gemilang Dipasang Terbalik Di Klinik, Empat Pekerja Disiasat Polis

LocalPolitics
21 Aug 2025 • 9:52 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Majlis Perbandaran Pontian (MPPn) mengesahkan tindakan segera diambil selepas menerima aduan berhubung Jalur Gemilang yang dipasang secara terbalik di sebuah klinik pergigian swasta di Pusat Perdagangan Pontian.

image is not available

Foto: Majlis Perbandaran Pontian

Dalam kenyataan di Facebook rasmi, MPPn memaklumkan dua anggota penguat kuasa digerakkan ke lokasi sebaik menerima laporan. Hasil pemeriksaan mendapati bendera Malaysia digantung terbalik pada tingkap tingkat dua premis berkenaan.

Ketika pemeriksaan dijalankan, premis tersebut sudah tamat waktu operasi. Justeru, pihak MPPn bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) menghubungi pekerja klinik terbabit untuk hadir segera ke lokasi.

image is not available

Foto: FB Majlis Perbandaran Pontian

“Wakil pekerja kemudian datang dan melakukan pembetulan serta-merta, termasuk memperbetulkan kedudukan antara Jalur Gemilang dan bendera Johor dengan pemantauan bersama MPPn dan PDRM,” katanya.

Bagaimanapun, pihak berkuasa menegaskan premis tersebut telah melakukan kesalahan di bawah UUK 45, Pengibaran Bendera, Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred Perniagaan dan Perindustrian (MDP) 2019.

image is not available

Foto: FB Majlis Perbandaran Pontian

Susulan itu, tiga wanita dan seorang lelaki yang merupakan pekerja premis dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pontian untuk siasatan lanjut.

Sumber: Facebook @Majlis Perbandaran Pontian