Jalur Gemilang Dipasang Terbalik, SJKC Chung Hua Tampil Mohon Maaf

LocalPolitics
4 Aug 2025 • 11:30 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hua di Port Dickson, Seremban memohon maaf secara terbuka susulan insiden pemasangan Jalur Gemilang terbalik di perkarangan sekolah itu pada Jumaat lalu.

Tidak sengaja pasang Jalur Gemilang terbalik

Menurut laporan Free Malaysia Today, permohonan maaf itu dibuat menerusi kenyataan bersama Lembaga Pengelola, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta pihak pentadbiran sekolah yang menyifatkan kejadian itu sebagai satu kecuaian tidak disengajakan.

image is not available

Menurut kenyataan itu, insiden berkenaan berlaku pada petang 1 Ogos ketika seorang pekerja sekolah bertugas memasang beberapa bendera sebelum tamat waktu kerja. Tanpa disedari, salah satu Jalur Gemilang dipasang dalam kedudukan terbalik.

Pihak sekolah memaklumkan mereka menerima laporan berhubung perkara tersebut kira-kira jam 5 petang hari sama sebelum segera mengambil tindakan membetulkannya.

“Kami amat kesal dengan kekhilafan yang berlaku dan memahami kebimbangan masyarakat apabila gambar pemasangan bendera itu tular di media sosial,” katanya.

image is not available

Foto: Carian Google

Pihak sekolah juga menegaskan bahawa mereka sentiasa menghormati simbol kedaulatan negara, dan insiden itu sama sekali tidak mencerminkan sikap atau pendirian sekolah terhadap Jalur Gemilang.

Sehubungan itu, SJKC Chuang Hua berikrar akan mempertingkatkan pemantaun dalaman, memperkemaskan prosedur kerja serta meningkatkan tahap kewaspadaan dalam semua urusan pemasangan bendera bagi mengelakkan kejadian sama berulang pada masa akan datang.