Tular Bendera Malaysia Dipasang Terbalik, Anthony Loke Minta Jangan Politikkan Isu

Entertainment
4 Aug 2025 • 4:26 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Hujung minggu lalu tular sebuah gambar di media sosial memaparkan bendera Malaysia di sebuah sekolah dipasang secara terbalik.

Difahamkan, sekolah itu terletak di Port Dickson, Negeri Sembilan, Susulan itu, Menteri Pengangkutan yang juga Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke memberikan responnya terhadap isu tersebut.

Beliau yang juga Setiausaha Agong DAP berkata, siasatan berhubung insiden berkenaan kini sedang dijalankan oleh Kementerian Pendidikan (KPM) bagi mengenal pasti sama ada ia dilakukan secara sengaja atau sebaliknya.

“Setiap kali apabila adanya isu seperti ini (kesilapan memasang Jalur Gemilang) sudah tentu ada orang yang cuba mempolitikkannya.

Tapi saya rasa adanya kesilapan dan saya serahkan kepada pihak KPM yang sedang membuat siasatan, sama ada itu disengajakan atau tidak.

Jadi tak perlulah mana-mana pihak cuba mengambil peluang untuk mempolitikkan isu-isu seperti ini,” katanya.

Anthony Loke turut menegaskan bahawa semua pihak seharusnya lebih berhati-hati mengibarkan Jalur Gemilang supaya tidak berlaku kesilapan seumpama itu.

Bagaimanapun beliau tidak menafikan kemungkinan boleh berlakunya kesilapan yang tidak disengajakan.

Dalam pada itu, terdapat laporan yang mengatakan individu yang memasang bendera itu merupakan Orang Kelainan Upaya (OKU).

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.