

“Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan Penuh Harapan” telah dipilih oleh Kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2023. Tema ini mendasari TEKAD memastikan pemimpin bersama rakyat bagi memastikan Malaysia sebagai sebuah negara dan bangsa yang mempunyai semangat PERPADUAN yang tinggi, bersatu-padu, aman dan sejahtera. HARAPAN Malaysia MADANI sebagai kunci utama bagi memastikan rakyat mengecapi kemajuan dan kemodenan.
Manakala pemilihan logo Malaysia MADANI berteraskan kepada reka bentuk logo yang unik dan simbolik dengan ‘tangan yang sedang diangkat, untuk melafazkan ikrar Rukum Negara’ serta mengandungi warna-warna asas Jalur Gemilang selaras dengan jati diri serta semangat patriotik rakyat Malaysia yang berbilang kaum hidup dalam keharmonian. Tepat sekali Malaysia MADANI bertunjangkan sikap saling menghormati, meraikan kepelbagaian dan menjadi medan dialog peradaban berteras khazanah dan kearifan tempatan.
Oleh kerana asas utamanya ialah Bendera Malaysia Jalur Gemmilang maka telah memudahkan ibubapa dan guru-guru memberi kepahaman kepada anak-anak dan murid-murid sekolah. Ibubapa yang telah dewasa dengan Bendera ini tiada masalah untuk menyesuaikan diri dan menghayati intisari maksud dan warna yang tersirat sebagai melambangkan kecemerlangan negara Malaysia. Anak-anak juga sudah sedia maklum serta menghafal lirik lagu khas yang dicipta untuk memperingati serta membanggakan bendera Malaysia. Selain itu, ia bertujuan mengangkat identiti bendera ini dan menyeru rakyat Malaysia untuk mengibarkan bendera negara dengan rasa bangga dan megah dan semangat patriotik.
Dalam suatu majlis sempena menyambut bulan kemerdekaan baru-baru ini di Kuala Lumpur, saya telah mendapatkan maklum-balas dari rakan-rakan profesional yang berstatus bapa dan datuk-datuk dalam keluarga masing-masing. Mereka amat bersetuju dengan penggunaan Jalur Gemilang sebagai teras logo untuk Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun ini. Mantan Hakim Mahkamah Tinggi Dato' Syed Ahmad Idid berkata “Amatlah mengelirukan bila setiap tahun tema dan logo Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia sentiasa silih berganti dan selepas perayaan itu ianya dilupakan. Tahun berikutnya tema & logo baharu diwar-warkan pula. Bila tiada kesinambungan ibubapa & anak-anak menjadi keliru.”
Saya turut bertanya reaksi dua dari lima cucu saya, murid-murid sekolah rendah di Cyberjaya. Mereka sungguh teruja dengan logo dan tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2023 yang berteraskan Bendera Malaysia Jalur Gemilang. Walaupun mereka masih belum memahami sepenuhnya enam nilai-nilai murni Malaysia MADANI tapi dapat menghayati maksud Jalur Gemilang dan Rukun Negara. Iffah berkata, “Bendera itu melambangkan kecemerlangan negara dan rakyat dalam mengharungi cabaran di dalam dan luar negara."
#Malaysiakita
Zulkifly Baharom adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!
Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi Newswav.





