Sarawak Sah Jadi Tuan Rumah Hari Malaysia Peringkat Kebangsaan 2023

10 Aug 2023 • 7:45 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Bertemakan Malaysia Madani Tekad Perpaduan Penuhi Harapan

Sarawak Sah Jadi Tuan Rumah Hari Malaysia Peringkat Kebangsaan 2023. Sarawak dipilih menjadi tuan rumah bagi Sambutan Perayaan Hari Malaysia Peringkat Kebangsaan 2023 yang bakal berlangsung di Stadium Perpaduan, Kuching pada 16 September 2023.

Sambutan bertemakan ‘Malaysia Madani Tekad Perpaduan Penuhi Harapan’ dijangka dihadiri tetamu kehormat Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud serta isteri Toh Puan Datuk Patinggi Ragad Kurdi Taib.

image is not available
Sarawak Sah Jadi Tuan Rumah Hari Malaysia Peringkat Kebangsaan 2023. Kredit: Utusan Borneo

Turut dijangka hadir ialah Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta isteri Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor serta isteri Datin Seri Julia Salag.

Satu penghormatan buat negeri Sarawak dipilih sebagai tuan rumah

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Datuk Julaihi Narawi merangkap Menteri Bertanggungjawab bagi Sambutan Perayaan Hari Malaysia Peringkat Kebangsaan 2023 berkata, pemilihan sebagai tuan rumah Sambutan Perayaan Hari Malaysia Peringkat Kebangsaan 2023 adalah satu penghormatan buat Sarawak.

image is not available

“Sarawak sering dirujuk sebagai contoh semangat perpaduan yang begitu baik sekali. Baru-baru ini, slogan ‘Segulai, Sejalai’ dipilih kerana kita sentiasa bersatu padu dan sepakat dalam mempertahankan perpaduan,” ujarnya.

image is not available

Julaihi menambah, mesyuarat tersebut bertujuan untuk memperhalusi persiapan bagi mesyuarat seterusnya bersama Kementerian Komunikasi dan Digital yang akan diadakan pada 14 Ogos depan.

Sementara itu katanya, antara pengisian sambutan ialah persembahan khas ‘Muzikal Segulai, Sejalai,’ persembahan daripada tiga wilayah Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak, artis-artis tempatan tanah air serta Konsert Rakyat.

Baca lagi artikel menarik: