Jalur Gemilang Terbalik Di Jersi, KBS Rangka Kod Baharu Etika Pemakaian Atlet

LocalPolitics
12 Dec 2024 • 5:15 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Atlet dan pengurus pasukan digesa sentiasa peka terhadap isu membabitkan penggunaan Jalur Gemilang kerana ia adalah maruah negara, kata Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.

Memetik laporan Harian Metro, Hannah memaklumkan pihaknya akan merangka satu kod baharu berkaitan etika pemakaian atlet termasuk membabitkan penggunaan Jalur Gemilang pada pakaian mereka.

image is not available

Foto: Astro Awani

Beliau menjelaskan, pihaknya meminta Majlis Sukan Negara (MSN) untuk melihat apa yang boleh dilakukan termasuk dalam menentukan sebarang tindakan untuk kesalahan berkenaan.

“Setakat ini kita tidak ada kod atau tatatertib yang kita boleh pakai berkenaan isu itu.

“Saya akan minta MSN lihat apa yang kita boleh lakukan untuk pastikan perkara ini tidak berlaku lagi,” katanya selepas merasmikan Majlis Penutup Simposium Sukan Selamat Antarabangsa di Kuala Lumpur hari ini.

image is not available

Foto: Carian Google

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai isu membabitkan pemain badminton perseorangan lelaki profesional, Lee Zii Jia yang memakai jersi memaparkan bendera Malaysia secara terbalik di Jelajah Dunia Akhir BWF pada Rabu.

“Saya nak minta semua atlet dan juga pengurus setiap pasukan itu termasuklah yang bergerak sendiri atau pasukan kebangsaan pastikan periksa betul-betul jersi dan pastikan semua teratur sebelum mereka keluar ke gelanggang.

“Ini kerana bila mereka beraksi di atas gelanggang ia akan disiarkan kepada penonton dalam dan luar negara,” ujarnya lagi.

Sementara itu, penaja jersi pemain berkenaan, Victor Malaysia telah mengeluarkan permohonan maaf dan memaklumkan akan menjalankan siasatan menyeluruh bagi memastikan kesilapan itu tidak berulang lagi.

image is not available

Foto: X victor_malaysia

Sumber: Harian Metro (Aida Adilah Mat)