“Kami amat kesal” – Jalur Gemilang Terbalik Pada Baju Lee Zii Jia, Ini Penjelasan Victor Malaysia

Entertainment
12 Dec 2024 • 10:37 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Semalam, satu insiden kecoh berlaku di kejohanan badminton Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 apabila pemain perseorangan lelaki Malaysia, Lee Zii Jia memakai jersi yang mempunyai Jalur Gemilang dalam keadaan terbalik.

Meskipun Lee Zii Jia memenangi perlawanan pertama menentang Chou Tien-chen dari Taiwan namun insiden itu lebih menarik perhatian selain mendatangkan kecaman terhadap pemain nombor 8 dunia itu.

Tidak mengambil masa yang lama, syarikat peralatan sukan badminton Victor Malaysia mengeluarkan permohonan maaf rasmi menerusi laman X mereka.

“Kami dengan rendah hati memohon maaf kepada semua peminat badminton Malaysia dan Lee Zii Jia atas kesilapan yang tertera pada baju jersi ketika Jelajah Dunia Akhir BWF 2024, hari ini.

Kesilapan ini tidak menggambarkan rasa hormat kami yang mendalam kami terhadap Malaysia, simbol kebangsaannya, atau kebanggaan dan kehormatan mewakili negara di persada antarabangsa.

Bendera Malaysia melambangkan perpaduan dan identiti, dan kami amat kesal dengan sebarang rasa tidak hormat yang tidak disengajakan disebabkan oleh kesilapan ini.

Sekali lagi, kami memohon maaf yang setulus hati dan menghargai pertimbangan anda,” tulisnya.

Lee Zii Jia dilihat menukar jersi yang rosak itu ketika set kedua perlawanan dan setakat ini belum ada kenyataan rasmi daripadanya berkenaan isu itu.

Sumber: X

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.