Jalur Gemilang tular dipasang terbalik adalah gambar lama - Polis

LocalPolitics
28 Aug 2024 • 8:50 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

BATU KAWAN - Gambar tular yang memaparkan bendera Jalur Gemilang dipasang secara terbalik di sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di Bukit Tambun di sini adalah gambar lama yang berlaku pada 2020.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS), Superintenden Chong Boo Khim meminta semua pihak berhenti memanipulasikan gambar itu supaya tidak menimbulkan kekeliruan dan mencetuskan isu perkauman.

"Polis terkesan hantaran di laman Facebook oleh satu akaun yang memaparkan bendera Malaysia dipasang dengan cara salah dan hasil siasatan mendapati kes itu berlaku di sebuah SJKC pada 2020 yang kemudian ia diulang siar individu tidak bertanggungjawab,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Beliau menasihati orang ramai supaya mendapatkan maklumat daripada sumber sahih serta tidak menyebarkan maklumat tidak tepat. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved