Jalur lebar satelit Starlink berharga RM220 sebulan dengan kelajuan 100 Mbps kini boleh ditempah di Malaysia

Digital
25 Jul 2023 • 11:51 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Jalur lebar satelit Starlink berharga RM220 sebulan dengan kelajuan 100 Mbps kini boleh ditempah di Malaysia

zulfadli

25/07/2023 - 11:51

KUALA LUMPUR 25 Julai - Perkhidmatan jalur lebar satelit di bawah SpaceX, Starlink kini boleh ditempah oleh rakyat Malaysia untuk mendapatkan kit jalur lebar satelit tersebut.

Menurut laman web Starlink Malaysia, perkhidmatan satelit itu menyediakan kelajuan muat turun sekitar 100 Mbps.

Pelan jalur lebar satelit itu berharga RM220 sebulan tanpa kontrak tetapi pengguna perlu membeli peralatan secara berasingan.

Pengguna juga boleh mencuba perkhidmatan tersebut selama 30 hari dan mereka boleh mendapatkan bayaran balik secara penuh dengan memulangkan peralatan itu.

Starlink menawarkan dua pilihan perkakasan di Malaysia dengan peralatan standard berharga RM2,300 manakala pilihan prestasi tinggi berharga RM11,613.

Kit standard adalah yang terbaik untuk pengguna kediaman untuk aplikasi harian manakala pilihan prestasi tinggi disyorkan untuk pengguna dan aplikasi perusahaan yang direka bentuk untuk rintangan cuaca yang lebih baik dan kelajuan 3x pada suhu melebihi 35 darjah celsius.

Mengikut spesifikasi Starlink, pengguna boleh menjangkakan kelajuan muat turun 25 hingga 100 Mbps dan kelajuan muat naik 5 hingga 10 Mbps untuk pelan tetap standard.

image is not available

Sementara itu, jangkaan kependaman adalah 25 hingga 60 ms, yang jauh lebih dekat dengan sambungan 4G.

image is not available

image is not available

Menurut Starlink, Malaysia adalah negara ke-60 mereka di seluruh dunia. Malaysia adalah negara kedua di ASEAN yang melancarkan Starlink selepas Filipina. - DagangNews.com