JALUR Selangor: RM77 bilion pacu 115 projek jalan, lebuh raya

30 Sep 2026 • 4:58 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

JALUR Selangor: RM77 bilion pacu 115 projek jalan, lebuh raya

SHAH ALAM, 30 SEPT: Pelan Strategik Jalan dan Lebuh Raya Selangor 2026-2035 (JALUR Selangor) merupakan usaha memastikan pengurusan lalu lintas di negeri ini lancar seiring dengan pembangunan pada masa kini.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata membabitkan dana sejumlah RM77 bilion, pelan ini telah mengenal pasti 115 cadangan pembinaan jalan dan lebih raya baharu selain menaik taraf jalan raya serta persimpangan.

Menurut Amirudin, JALUR Selangor merupakan rencana pembangunan naik taraf dan juga penyambungan jalan utama negeri yang mana ia dapat melengkapkan keseluruhan keterhubungan fizikal yang ada di Selangor.

“Terdapat 115 projek dikenal pasti iaitu 35 pembinaan jalan-jalan baharu, 64 naik taraf naik taraf jalan daripada dua lorong kepada empat lorong dan 16 persimpangan yang perlu dinaik taraf supaya lebih lancar.

“Anggaran nilaian projek-projek ini RM77 bilion dan semuanya bukan dibiayai kerajaan kerana sebahagian melibatkan lebuh raya dan pastinya konsesi menajanya dan berkaitan negeri menggunakan peruntukan kerajaan negeri.

“Ini dimasukkan rencana dalam tempoh 10 tahun dan jika dapat dilengkapkan paling tidak ia dapat menghubungkan kepada Rancangan Selangor Kedua (RS-2),” katanya pada majlis pelancaran pelan tersebut.

JALUR Selangor dibahagikan kepada 12 zon pembahagian iaitu Wilayah 1(Selangor-Kuala Lumpur), Aeropolis 1(KLIA), Aeropolis 2 (Subang Airport), SABDA (Sabak Bernam) dan Barat (Kuala Selangor).

Bagi zon utara ialah di Hulu Selangor dan Rawang, Timur 1(Selayang, Ampang dan Gombak), Pelabuhan (Klang dan Kuala Langat) dan Selatan( Kuala Langat dan Sepang).

Untuk zon Timur 2 pula di Kajang, Semenyih dan Cheras, Wilayah 2( Putrajay, Cyberjaya, Bangi, Serdang dan Puchong dan Tengah (Petaling).

Sementara itu, EXCO Infrastruktur Dato’ Ir Izham Hashim berkata Selangor merupakan negeri pertama menyediakan pelan pembangunan strategik bagi jalan dan lebuh raya untuk jangka masa 10 tahun.

“Sebarang pembangunan infrastruktur, perlu dirancang untuk jangka masa panjang dan sebab itu kita sediakan. Selepas ini akan dilancar pula pelan untuk air yang dijangka siap pada tahun hadapan.

“Pelan ini akan menunjukkan bagaimana keterhubungan jalan dan lebuh raya. Seperti di Saujana Putra, lebuh raya ada tetapi tidak disambung dan menyebabkan kesesakan.

“Ini kita tidak mahu dan sebab itu dilaksana kajian sama ada jalan JKR, persekutuan atau pihak berkuasa tempatan yang mana perlu dibina baharu dan dinaik taraf,” ujarnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved