Pada tahun 1975, Casiotron QW02 dilancarkan sebagai jam tangan digital pertama dengan paparan kalender automatik. Sempena ulang tahun jam ikonik ini yang ke lima puluh, Casiotron TRN-50-2A telah dilancarkan dengan ia membawakan beberapa ciri moden yang diperlukan oleh pengguna moden.

Dari segi rekaan ia kelihatan sama dengan QW02. Tetapi paparan skrin lengkap dengan kalender kini digital sepenuhnya. Ia juga boleh ditambah kepada telefon pintar secara bluetooth untuk paparan waktu yang tepat di mana sahaja di dunia dan ciri mencari telefon yang hilang. Selari dengan keperluan moden, TRN-50-2A juga boleh dicas semula menggunakan kuasa solar.

Hanya 4000 unit Casiotron TRN-50-2A akan ditawarkan di seluruh dunia dan pada ketika ini harga jualannya masih belum diumumkan.
- Sumber
- Casio



