Jam Tangan Pintar Garmin Venu X1 Kini Di Malaysia Dengan Harga RM3479

TechnologyDigital
17 Jun 2025 • 2:05 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Garmin secara rasmi melancarkan jam tangan pintar terbaharu mereka Venu X1 untuk pasaran Malaysia. Menariknya, Venu X1 hadir dengan paparan terbesar dalam siri Venu namun masih mengekalkan rekaan yang nipis.

Venu X1 hadir dengan paparan AMOLED bersaiz 2-inci bersama kaca nilam tahan calar. Meskipun memiliki skrin yang besar, jam ini hanya setebal 8mm dan disertakan dengan kerangka titanium ringan. Ia turut dilengkapi dengan tali nilon 24mm dengan pilihan warna termasuk hitam.

Venu X1 menyokong panggilan dan arahan suara apabila disambungkan ke telefon pintar yang disokong melalui mikrofon dan pembesar suara terbina. Ia turut menyediakan lampu suluh LED terbina dengan empat tahap kecerahan boleh laras.

Ciri-ciri kesihatan pula termasuk pemantauan kadar degupan jantung, oksigen dalam darah, bacaan altitude dan panduan kesediaan latihan. Venu X1 juga menyokong lebih 100 aktiviti sukan terbina serta peta berwarna untuk kemudahan navigasi semasa bersenam.

Dari segi bateri, ia mampu bertaha sehingga lapan hari dalam mod jam tangan pintar manakala mod paparan sentiasa aktif (AOD) pula akan mengurangkan ketahanan bateri dalam sekitar dua hari. Harga rasmi Venu X1 di Malaysia adalah RM3,479 dan akan mula dijual pertengahan Julai 2025.