Amazfit Active 2 Premium Kini Di Malaysia Jam Pintar Bergaya, Canggih & Bateri Tahan 10 Hari

LocalTechnology
16 Jun 2025 • 3:04 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Amazfit Active 2 Premium Kini Di Malaysia Jam Pintar Bergaya, Canggih & Bateri Tahan 10 Hari

Gabungan gaya, kecanggihan dan ketahanan akhirnya bersatu dalam satu jam tangan pintar serba boleh: Amazfit Active 2 Premium.

Kalau anda seorang profesional yang aktif, suka bergaya tapi juga tak mahu ketinggalan dari segi kesihatan dan prestasi, ini smartwatch yang anda tunggu.

Diperkenalkan oleh jenama global terkenal Amazfit di bawah Zepp Health, jam ini bukan sekadar aksesori, tapi alat kecergasan pro-level dalam badan jam mewah.

image is not available

Gaya Macam Jam Mewah, Tapi Tetap Lasak

  • Reka bentuk premium dengan badan keluli tahan karat dan kaca kristal nilam (biasanya digunakan pada jam tangan mewah).
  • Skrin AMOLED terang walau di bawah cahaya matahari.
  • Didatangkan dengan tali kulit hitam untuk gaya formal, dan tali silikon merah untuk gaya sporty.

image is not available

Ciri Kecergasan Pro Untuk Yang Betul-Betul Serius Jaga Diri

Amazfit Active 2 bukan jam biasa. Ia sesuai untuk mereka yang baru nak serius dalam gaya hidup sihat. Antara fungsi utama:

  • 160+ mod senaman termasuk larian, hiking dan gym.
  • Auto-detect 25 jenis pergerakan senaman berat siap dengan data prestasi.
  • Sesuai untuk latihan HYROX.
  • Ada GPS terbina dalam, peta luar talian & navigasi turn-by-turn.
  • Bateri tahan hingga 10 hari sesuai untuk gaya hidup aktif dan sibuk.

image is not available

Canggih, Pintar & Bantu Anda Kekal Terkawal

Dihubungkan dengan aplikasi Zepp dan Helio Ring, jam ini boleh:

  • Jejak kadar jantung, tidur, tekanan & kesediaan tubuh secara tepat melalui sensor BioTracker 6.0.
  • Ada algoritma tidur baharu, bantu anda bangun dengan lebih segar.
  • Fungsi panggilan Bluetooth, kawalan suara Zepp Flow, dan banyak lagi.

“Pasaran jam tangan pintar di Malaysia dijangka terus berkembang hingga 18% setiap tahun sehingga 2030. Jadi kami bawakan jam yang bukan saja cantik, tapi benar-benar berguna dalam kehidupan seharian rakyat Malaysia,” – Karmun Chow, Pengurus Pemasaran, Amazfit Malaysia.

image is not available

Tarikh & Harga

  • Amazfit Active 2 Premium (bulat): RM649.00
  • Amazfit Active 2 Square Premium: RM679.00
  • Tawaran pelancaran: RM629.00 (Square Premium) + kipas klip pinggang percuma!
  • Mula dijual pada 23 Jun 2025 di seluruh Malaysia.

Nak berlari di Bukit Kiara, buat latihan HYROX, atau tampil bergaya dalam mesyuarat penting Amazfit Active 2 Premium bantu anda bergerak dengan gaya, prestasi & keyakinan.