“Jam time raya pun kami tetap tenang”- Gadis Korea Kagum Lihat Rakyat Malaysia Sabar Tunggu MRT

Entertainment
18 Mar 2023 • 10:27 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Umum mengetahui bahawa jika kita menaiki pengangkutan awam ketika waktu puncak iaitu ketika orang pergi atau balik kerja, stesen MRT, LRT atau KTM semua akan sesak dan penuh. Ramai sangat tunggu MRT!

Kadang-kadang tu nak beratur pun tak nampak mana barisan sebab terlalu ramai orang.

Namun, seorang gadis Korea baru-baru ini berkongsi perasaan kagumnya apabila dia melihat kesabaran rakyat Malaysia beratur ketika menunggu MRT walaupun stesen pada ketika itu sangat sesak dengan lautan pengguna pengangkutan awam.

Gadis Korea tersebut telah berkongsi video di akaun TikTok borainkl beberapa hari lepas.

Dalam video yang berdurasi selama 16 saat itu, dapat dilihat ramai pengguna MRT yang beratur tidak memotong barisan atau bertolak-tolak antara satu sama lain.

image is not available

Manakala menurut Bora, jika di Seoul, Korea Selatan pula, pengguna pengangkutan awam akan menolak satu sama lain untuk masuk ke dalam gerabak kereta api ketika waktu puncak.

image is not available

Netizen lain yang pernah berkunjung ke ibu negara Korea itu juga ada berkongsikan pengalaman mereka menaiki tren bawah tanah (subway) di Seoul dan rata-rata menyifatkan pengalaman itu tidak menyenangkan kerana ada yang sehingga mengalami sesak nafas akibat dihimpit orang lain ketika peak hour.

image is not available

Ada warganet yang mengatakan ramai antara rakyat Malaysia memang nampak tenang di luaran, namun dalam hati siapa yang tahu kan.

image is not available

image is not available

Mungkin sebab ni lah orang Malaysia suka betul dengan lagu “Tenangggg, ribut jiwaaa” tu kan.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.