Jamawi cedera tergelincir di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur

LocalPolitics
24 Nov 2026 • 4:20 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

Jamawi cedera tergelincir di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur

Kota Kinabalu: Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah Datuk Jamawi Jaafar mengalami luka pada kepala (gambar) sehingga terpaksa menerima jahitan selepas tergelincir di dalam tandas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pagi Isnin.

Menerusi perkongsian di Facebook pada Isnin, Jamawi menjelaskan insiden itu berlaku akibat permukaan lantai yang licin ketika beliau menggunakan tandas berhampiran Bilik Bunga Mawar di ruang menunggu VIP KLIA.

“Sebenarnya berlaku kemalangan kecil ketika saya menggunakan tandas berhampiran Bilik Bunga Mawar di ruang menunggu VIP KLIA. Permukaan tandas yang licin menyebabkan saya tergelincir dan kepala terhentak ke lantai.

“Terima kasih doktor dan jururawat yang bertugas di Menara Medical Clinics KLIA yang merawat dan menjahit luka tadi,” katanya.

Beliau berkata perkongsian itu dibuat bagi menjelaskan keadaan sebenar selepas rakan-rakan yang melihatnya di KLIA pagi Isnin dengan tuala berdarah menutupi kepala, sebelum menghubunginya menerusi panggilan telefon serta aplikasi WhatsApp untuk bertanya khabar.

Susulan kejadian itu, Jamawi berkata beliau telah menasihati pegawai Malaysia Airports agar melaksanakan kerja-kerja penambahbaikan pada permukaan tandas serta laluan kecemasan menuju ke klinik berhampiran di KLIA.

“Latihan juga harus diberikan kepada kakitangan agar langkah-langkah awal rawatan kecemasan dapat dilaksanakan,” katanya dalam hantaran itu.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan akan menyambung perjalanan pulang ke Kota Kinabalu pada petang Isnin, selepas menempuh perjalanan jauh dari Brasilia ke Sao Paulo di Brazil sebelum ke Doha, Qatar dan KLIA.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved