Menteri Sabah gesa MAHB tingkatkan aspek keselamatan susulan kepala berjahit selepas terjatuh di tandas KLIA

24 Nov 2026 • 11:17 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Menteri Sabah gesa MAHB tingkatkan aspek keselamatan susulan kepala berjahit selepas terjatuh di tandas KLIA Image from: Menteri Sabah gesa MAHB tingkatkan aspek keselamatan susulan kepala berjahit selepas terjatuh di tandas KLIA liza24/11/2026 - 11:17 Jamawi selepas menerima rawatan segera di Klinik Perubatan Menara KLIA Oleh KAMALIZA KAMARUDDIN liza@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 24 Nov – Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah, Datuk Jamawi Jaafar mengalami kecederaan di bahagian kepala selepas tergelincir dan terjatuh di tandas ruang menunggu orang kenamaan (VIP) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

 

Beliau menerima rawatan segera di Klinik Perubatan Menara KLIA selepas kejadian itu dan menerima jahitan pada beberapa bahagian yang mengalami kecederaan.

 

Menerusi hantaran di media sosial, Jamawi berkata beliau berterima kasih kepada doktor dan jururawat yang bertindak pantas memberikan rawatan sebaik sahaja kejadian berlaku.

 

Menurutnya, kejadian itu berpunca daripada permukaan lantai tandas yang licin sehingga menyebabkan beliau hilang keseimbangan dan terjatuh.

 

Beliau turut menasihatkan pihak pengurusan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) supaya menjalankan kerja pembaikan pada permukaan lantai berkenaan bagi mengelakkan kejadian sama berulang.

 

Selain itu, beliau meminta supaya laluan kecemasan ke klinik berhampiran disediakan bagi membolehkan individu yang mengalami kecederaan mendapatkan rawatan dengan lebih cepat.

 

Jamawi turut mencadangkan supaya latihan asas pengendalian kecemasan diberikan kepada kakitangan lapangan terbang bagi memastikan mereka lebih bersedia menghadapi kejadian seumpama itu.

 

Beliau ketika itu dalam perjalanan pulang ke Kota Kinabalu selepas transit di KLIA, susulan penerbangan dari Brasilia, Sao Paulo dan Doha.

 

Dalam pada itu, MAHB dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa tindakan pembaikan segera telah dimulakan susulan kejadian berkenaan.

 

MAHB turut menyatakan kekesalan terhadap insiden itu dan memaklumkan bahawa maklum balas yang diterima telah diambil tindakan. - DagangNews.com

Terkini featured standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved