Jambatan bakal diganti tidak lama lagi: Abidin

Local
4 Apr 2024 • 3:21 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

RANAU: Penduduk di Paginatan, khususnya Kg Lungkidau, akan memiliki jambatan gantung dinaik taraf tidak lama lagi dengan peruntukan RM240,000 diluluskan Kerajaan Negeri untuk projek itu.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri merangkap Adun Paginatan Datuk Abidin Madingkir menggesa penduduk bersabar menunggu pembinaan jambatan baharu bagi menggantikan jambatan yang rosak.

“Kami mengucapkan terima kasih kepada Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor atas keprihatinan beliau terhadap nasib penduduk di sini dan meluluskan peruntukan untuk pembinaan itu.

“Sebenarnya, sebaik sahaja jambatan gantung lama rosak, saya membawa perkara itu kepada pihak atasan supaya tindakan pantas diambil bagi menyelesaikan perkara itu.

SPONSORED CONTENT Sabah revenue hits RM6.97 billion: Hajiji says GRS State Government may see full term Kota Kinabalu: The Sabah Government continued its momentum in managing the economy in line with the commitment and spirit of the Sabah Maju Jaya (SMJ) when it posted record high state revenue of RM6.973 billion last year. Read more “Jambatan konkrit Kg Lungkidau sudah dalam peringkat reka bentuk dan tender akan dikeluarkan pada Mei. Pembinaan akan dijalankan sebaik pemilihan kontraktor dimuktamadkan,” katanya.

“Saya diberitahu keseluruhan proses akan mengambil masa kira-kira lapan hingga 16 minggu,” katanya, menjawab laporan Daily Express mengenai kesukaran yang dihadapi penduduk terjejas.

Abdin berkata baru-baru ini, pihaknya menganjurkan penyerahan sumbangan khas kepada penduduk bagi meringankan beban anak-anak yang menyeberangi sungai ke sekolah setiap hari.

Sumbangan khas itu diserahkan kepada Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kg Lungkidau, Minjun Sapanggal.

“Sumbangan itu sekurang-kurangnya dapat membantu meringankan keperitan hidup penduduk sebelum jambatan itu dipulihkan,” katanya.

Terdahulu, penduduk di tujuh kampung di Paginatan merayu agar jambatan yang rosak akibat banjir pada pertengahan Januari lalu itu dibaik pulih segera.

Jambatan gantung yang sepanjang kira-kira 100 meter itu perlu dibina semula untuk kemudahan penduduk.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

View Original Article