Jambatan Baltimore Runtuh, Tujuh Pekerja Binaan Dipercayai Hilang

26 Mar 2024 • 5:13 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Jambatan Baltimore Runtuh: Sekurang-kurang 7 Pekerja Binaan Dipercayai Hilang

Sekurang-kurangnya tujuh pekerja pembinaan dipercayai hilang selepas Jambatan Francis Scott Key di Baltimore, Amerika Syarikat (AS) runtuh dilanggar kapal kontena, menurut pasukan penyelamat, lapor CBS News.

Jabatan Bomba Bandar Baltimore berkata pihaknya menerima panggilan sekitar 1.30 pagi (waktu AS) yang menyatakan sebuah kapal kontena telah melanggar sebahagian besar struktur jambatan tersebut.

Bagaimanapun, tidak jelas berapa banyak kenderaan berada di atas jambatan itu termasuk jumlah mangsa yang terlibat dan dipercayai sebuah treler traktor besar turut berada di jambatan ketika ia runtuh.

“Terdapat sekurang-kurangnya tujuh orang hilang (berada di sungai) dan pasukan penyelam dan penyelamat telah tiba di tempat kejadian untuk mengesan individu itu,” katanya.

Sementara itu, pengawal pantai MidAtlantic berkata kapal kontena Dali berbendera Singapura berukuran 948 kaki yang telah melanggar jambatan itu dikatakan dalam perjalanan dari Baltimore ke Colombo, Sri Lanka.

“Semua lorong di kedua-dua arah telah ditutup susulan insiden kemalangan di Jambatan Utama I-695. Trafik sedang dilencongkan,” kata pihak berkuasa pengangkutan Maryland.

Menurutnya lagi, punca perlanggaran masih tidak diketahui dan masih dalam siasatan.

Sumber: CBS News