Tular Detik-detik Jambatan Di Baltimore, Amerika Runtuh Dilanggar Kapal Kontena

26 Mar 2024 • 3:14 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Tular Detik-detik Jambatan Di Baltimore, Amerika Runtuh Dilanggar Kapal Kontena

Sebahagian besar struktur jambatan Francis Scott Key di Baltimore, Amerika Syarikat dilapor runtuh selepas dilanggar sebuah kapal kontena.

Susulan kejadian itu, pihak berkuasa pengangkutan Maryland telah menutup semua laluan menuju ke jambatan berkenaan untuk tindakan lanjut.

“Semua lorong di kedua-dua arah telah ditutup susulan insiden kemalangan di Jambatan Utama I-695. Trafik sedang dilencongkan,” kata pihak berkuasa itu dalam satu kenyataan di Twitter.

Sementara itu, Bussiness Insider melaporkan setakat ini tidak jelas sama ada jambatan berkenaan dilalui kenderaan ketika kejadian termasuk jumlah mangsa yang terlibat, jika ada.

Video kejadian turut dilaporkan menjadi tular di media sosial selepas dikongsikan pelbagai akaun pengguna. Difahamkan, video awal kejadian diambil daripada satu siaran langsung yang merakam aktiviti di sekitar jambatan tersebut.

Berdasarkan video berkenaan, kapal kontena tersebut dirakam melanggar salah satu struktur tiang sebelum jambatan itu roboh.