Jambatan Canopy Walk, Aktiviti Mencabar Di Danum Sabah

14 Dec 2023 • 3:59 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Jom rancang percutian bersama keluarga atau rakan-rakan di jambatan Canopy Walk, Danum Sabah

Jambatan Canopy Walk, Aktiviti Mencabar Di Danum Sabah. Memang tak dapat dinafikan pelbagai tempat yang menakjubkan di Sabah ini. Jadi tak hairanlah negeri ini sentiasa mendapat pengiktirafan antarabangsa kerana keindahan alam semulajadinya yang tidak terkata.

Jambatan Canopy Walk Di Borneo rainforest lodge Danum Lahad Datu, Sabah merupakan jambatan gantung yang terbaik di dunia di mana anda boleh meneroka hutan simpan di Danum, Sabah.

image is not available
Jambatan Canopy Walk, Aktiviti Mencabar Di Danum Sabah. Kredit gambar: Jollence Lee

Dalam pada itu, jambatan Canopy ini tidak sesuai untuk semua orang. Ia tidak disyorkan untuk orang yang memerlukan kerusi roda atau kereta sorong kerana laluan melalui hutan yang curam dan berjalan di atas jambatan tali yang sempit. Aktiviti ini juga mencabar bagi mereka yang takut ketinggian kerana jambatan ini tinggi dan struktur talinya bergerak ketika berjalan.

Melihat keindahan semulajadi kawasan tadahan hujan

Berukuran 300 meter panjang (985 kaki) dengan ketinggian 27 meter (90 kaki) anda boleh melihat keindahan semulajadi kawasan tadahan hujan yang luas sepanjang perjalanan anda di jambatan ini.

Kawasan tadahan hujan ini juga merupakan tempat tinggal semulajadi bagi haiwan seperti, badak Sumatera, orang utan, kancil, serta harimau bintang. Terdapat sebanyak 270 spesies burung telah dicatat di kawasan ini.

image is not available
Jambatan Canopy Walk, Aktiviti Mencabar Di Danum Sabah. Sumber: sabahinfo

Jambatan canopy terdiri daripada siri jambatan tali tergantung yang menawarkan pemandangan mengagumkan kanopi hutan dan gunung-gunung di sekeliling. Jambatan ini tidak terlalu panjang tetapi tinggi, menyediakan pengalaman yang mendebarkan dan cara terbaik untuk melihat hidupan liar hutan.

Terdapat tarikan lain seperti taman Refflesia

Selain jambatan canopy, terdapat tarikan lain seperti mata air panas Poring, trek hutan ke air terjun, dan taman Rafflesia. Tempat-tempat berdekatan lain termasuk Gunung Kinabalu, kampung Kundasang, dan ladang susu Desa.

Memetik laman sesawang Sabah Park, Mata air panas, di mana jambatan canopy terletak, dinamakan sempena spesies buluh raksasa yang banyak tumbuh di kawasan itu. Ia menampilkan mandian air panas belerang yang dibangunkan semasa Perang Dunia II, dengan mandian terbuka dan peribadi tersedia. Kawasan mata air panas juga termasuk tarikan seperti air terjun, gua kelawar, dan mandian belerang.

image is not available
Jambatan Canopy Walk, Aktiviti Mencabar Di Danum Sabah. Sumber: sabahinfo

Bagi mereka yang merancang untuk menginap di kawasan berdekatan, terdapat pelbagai pilihan daripada penginapan mewah hingga homestay, menawarkan pengalaman dan kemudahan yang berbeza. Di kawasan ini juga terdapat sebuah Pusat Kajian Danum dengan skeluasan 440 km persegi ini.

Baca juga artikel berkaitan dengan tempat menarik di Sabah:

https://www.iloveborneo.my/panduan-aktiviti-pencinta-alam-beaufort-sabah/

https://www.iloveborneo.my/kiulu-white-water-rafting-sabah-aktiviti-lasak/