
RANAU: Timbalan Ketua Menteri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Dun) Kundasang, Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam merasmikan jambatan gantung baharu sepanjang 90 meter merentasi Sungai Mokodou di Kampung Takutan pada Isnin.
Ketika ditemui media, beliau berkata, jambatan gantung baharu ini telah siap sepenuhnya pada Oktober tahun lalu dan kini penduduk kampung boleh menggunakannya termasuk untuk aktiviti pertanian.
“Jambatan gantung ini terputus pada 2022 akibat banjir besar yang berlaku ketika itu menyebabkan penduduk kampung tidak dapat menggunakannya,” katanya.
Turut hadir pada majlis perasmian ialah Setiausaha Politik kepada Dr Joachim, Yubidi Gompoyo; Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM), Dounis Sani; Ketua Kampung, Erin Laug; Pengerusi JKKK Parvine Yudin dan kakitangan Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Dun Kundasang.
SPONSORED CONTENT Sabah revenue hits RM6.97 billion: Hajiji says GRS State Government may see full term Kota Kinabalu: The Sabah Government continued its momentum in managing the economy in line with the commitment and spirit of the Sabah Maju Jaya (SMJ) when it posted record high state revenue of RM6.973 billion last year. Read more Secara keseluruhan, terdapat dua jambatan gantung baharu dibina dan dua jambatan yang telah siap dibaiki sepenuhnya.
Terdahulu, Dr Joachim menghadiri mesyuarat Parti Bersatu Cawangan Sabah (PBS) Kg. Takutan dihadiri 61 ahli parti dan pemerhati mesyuarat.
Beliau mengucapkan tahniah kepada ahli PBS cawangan yang telah menjayakan mesyuarat tersebut.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
