Jambatan Ikonik Bintangor Di Jalan Ajibah Abol Dijangka Siap Tahun 2025

13 Apr 2024 • 9:04 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Jambatan Bintangor bakal siap tahun depan

Jambatan Ikonik Bintangor Di Jalan Ajibah Abol Dijangka Siap Tahun 2025. Dipetik daripada berita tempatan, Jambatan ikonik Sungai Bintangor yang terletak di Jalan Datuk Ajibah Abol dijangka siap pada akhir tahun 2025.

Menurut Adun Satok Datuk Ibrahim Baki, pembinaan jambatan yang bermula pada Disember 2019 berikut telah tertangguh gara-gara pandemik Covid-19.

image is not available
Jambatan Ikonik Bintangor Di Jalan Ajibah Abol Dijangka Siap Tahun 2025. Sumber foto: X @datukhensem

Jambatan Ikonik baharu

Jambatan berkenaan merupakan jambatan ikonik yang bakal menjadi satu lagi kemudahan buat keselesaan ramai serta jalan raya di sekitar kawasannya juga akan dinaik taraf dan mempunyai landskap yang lebih baik, ujar beliau.

Oleh demikian, beliau berkata pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya di Pusat Acara Hikmah Exchange jambatan itu dijangka akan siap pada penghujung tahun depan.

image is not available
Sumber foto: X @datukhensem

Maklumat dari JKR dan Kontraktor

Perkara ini juga diketahui setelah pertemuan beliau dengan pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) dan kontraktor bagi mendapatkan maklumat perkembangan projek tersebut.

Dikatakan juga bahawa pihak JKR dan Kontraktor memberi jaminan di mana projek menaik taraf jalan tersebut akan siap tahun depan.

Sebelum ini, dilaporkan objektif projek itu untuk membina jambatan kabel empat lorong (57 meter) di atas Sungai Bintangor dan melebarkan laluan dua lorong tunggal yang sedia ada (601.8 meter) Jalan Datuk Ajibah Abol dari Masjid Bahagian ke simpang Jalan Haji Mataim.

Lagi berita menarik untuk anda di sini: