“King naik pangkat” – Orang Ramai Teruja Tengok Myvi Ini Diubahsuai Jadi Pacuan 4 Roda

Entertainment
6 Apr 2024 • 1:11 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Istilah ‘King of The Road’ memang cukup sinonim dengan kereta Perodua Myvi. Selepas beberapa tahun mengungguli jalan-jalan di negara kita dengan perangai uniknya, Myvi sudah menjadi sangat ikonik kepada rakyat Malaysia.

Ada satu cara lagi untuk jadikan Myvi lebih ikonik iaitu dengan menjadikannya kenderaan pacuan empat roda. Kalau korang tak boleh bayangkan macam mana kalau Myvi jadi 4×4, korang boleh tengok video @yetza.garage dibawah ni. Tapi pakai Myvi lama lah, versi yang awal-awal keluar dulu.

@yetza.garage

King dah tinggi. Tu dia… Kita hantar alignment dulu.

♬ bunyi asal – ® – sᴀʀɪᴘʙɪɴᴅᴏʟʟ ࿎

King naik pangkat

Memang lain macam terus nampak Myvi bila dah pasang tayar pacuan empat roda tu. Nampak tinggi, dah macam abang-abang dah. Kalau tayar biasa nampak kecik comel je.

image is not availableKalau dah nama pacuan empat roda tu, memang senang je rodok naik pembahagi jalan untuk parking. Yang jenis macam ni selalu nampak dekat area masjid waktu solat jumaat.

image is not availableItulah, biasanya orang nak buat lowered. Kalau boleh lowered tu memang sampai cecah tanah punya. Tapi mungkin Myvi ni taknak sama dengan orang, sebab tu dia naik pangkat jadi tinggi.

image is not availableKan.. min pun mula-mula ingat Kembara. Dah lam tengok baru perasan Myvi rupanya. Mungkin Myvi yang generasi ni body dia ikut bentuk Kembara kot, sebab tu nampak serupa.

 

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.