
Kota Kinabalu: Kebimbangan sekian lama penduduk di Kampung Tanjung Aru Lama berakhir apabila laluan utama jambatan yang rosak dan uzur dibaiki.
Kerja pembaikan dilaksanakan secara gotong-royong bersama penduduk menerusi inisiatif kerja Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) Bahagian Tanjung Aru, dan diketuai Ahli Jawatankuasa Dr. Ritchie Jay Cheng
Katanya, inisiatif itu diambil bagi memastikan keselamatan penduduk terjamin memandangkan kondisi jambatan yang amat kritikal dan hampir roboh.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});“Kita menerima aduan daripada penduduk mengenai kondisi jambatan yang rosak kritikal dan berisiko roboh bila-bila masa hingga membahayakan pengguna khususnya anak-anak.
“Tanpa berlengah kita menghulurkan keperluan bantuan untuk baik pulih jambatan ini yang dilaksanakan secara gotong-royong di antara PGRS Tanjung Aru dan penduduk setempat,” katanya ketika ditemui, di sini, Isnin.
Ritchie yang juga Pengerusi Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) berkata, usaha murni itu merupakan antara kerja-kerja kebajikan dilaksanakan PGRS Bahagian Tanjung Aru untuk membantu penduduk.
Katanya, ia juga selari dengan hala tuju parti khususnya agenda sosial kerajaan negeri menerusi hala tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) di bawah pentadbiran Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

